BOLA SEPAK

Pemain bola sepak Afrika Selatan mati dibunuh

Najmi Iman 12/04/2024 | 01:53 MYT
Polis Afrika Selatan, berkata pada hari Rabu lepas bahawa mereka telah menahan enam suspek bagi menjalankan siasatan kes pembunuhan pemain bola sepak, Luke Fleurs, yang bermain untuk kelab terkenal Johannesburg, Kaizer Chiefs.
Pemain pertahanan berusia 24 tahun itu mati ditembak pada minggu lalu ketika sedang mengisi minyak kereta di stesen minyak di bandar Johannesburg.
Pihak berkuasa berkata, sebaik sahaja Fleurs melangkah keluar dari kenderaan Volkswagen Golf 8 GTI miliknya, dua lelaki mengacukan senjata dan menembaknya sebelum lari memandu pergi dengan kenderaan miliknya.
Pegawai penyiasat mempercayai bahawa suspek adalah sebahagian daripada sindiket jenayah yang bertanggungjawab merompak kereta orang awam di wilayah Gauteng, Johannesburg.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Luke Fleurs #pemain bola sepak
;