Skip to main content

Bola Sepak

Pemain baru Barcelona miliki sentuhan Xavi -- Rafinha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xavi.jpg
Rafinha Alcantara memberi pujian kepada pemain baru Barcelona, Arthur, serta berpendapat dia memiliki persamaan seperti ikon kelab, Xavi.

Pemain tengah Brazil itu melakukan penampilan pertama bersama The Catalans, dengan menjaringkan gol ketika berdepan Tottenham dalam aksi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC), kelmarin.

Pengendali Barcelona, Ernesto Valverde, memuji persembahan Arthur dan rakan sepasukan, Rafinha, turut kagum dengan pemain berusia 21 tahun itu yang menyertai mereka dari Gremio.

"Saya tidak suka melakukan perbandingan tetapi dia memiliki sentuhan seperti Xavi," katanya

"Cara dia mengawal bola, hantarannya, Arthur adalah pemain yang berkualiti buat Barcelona."

Arthur tidak menjangka dapat menyertai Barca hingga Januari depan tetapi juara LaLiga itu mempercepatkan proses perpindahannya itu.

"Ia seperti mimpi jadi kenyataan berada bersama pasukan. Saya telah bekerja keras dan sangat bertuah kerana dapat menyarung jersi Barca," kata Arthur.

Seorang lagi pemain kelahiran Brazil, bekas pemain sayap Bordeaux, Malcom, menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

"Dia seorang pemain yang mantap," kata Rafinha lagi.

"Dia mampu menggugat barisan pertahanan dan saya menjangkakan lebih daripadanya untuk musim baru ini."
 

Advertisement

Must Watch Video