'Ini adalah peluang terbaik untuk buktikan segala kritikan adalah salah'
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan, Faliq Firdaus Muhammad Rom, mengakui skuad Jang merupakan tempat terbaik buat penyerang sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin, untuk kembali menyinar dalam kariernya.
Faliq menjelaskan peluang yang akan diberikan kepada pemain berusia 23 tahun itu adalah selari dengan visi kelab untuk mengembalikan keyakinan pemain berbakat tempatan itu.
"Pandangan saya kenapa NSFC adalah pasukan terbaik untuk dirinya, kerana pasukan ini tidak boleh kembali ke kedudukan tercorot.
"Ini adalah cabaran untuk Luqman untuk menutup mulut pengkritik.
"Kami akan memberi kebebasan untuk jadi diri sendiri dan saya serta barisan kejurulatihan akan turut memberi jaminan.
"Tetapi, sudah tentu dia perlu merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya di Nadi Arena.
Selepas hampir lima tahun berkelana di luar negara, luqman mencetuskan sensasi apabila pulang ke tanah air dengan memilih kelab Hoben Jang Hoben.
Produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu sukar menembusi kesebelasan utama skuad senior, KV Kortrijk dan kemudiannya dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik dan kelab Jepun, Yokohama SSC.
"Kami sudah berbincang apakah perkara yang kami mahukan, selain meletakkan sepenuh kepercayaan kepada dirinya.
"Dia bantu NSFC, NSFC akan bantu dia.
"Kami yakin dengan kehadirannya dan pemain lain yang akan memberi kesan positif," tambahnya.