LIGA SUPER MSIA

Peluang tengok persiapan Perak FC lebih dekat

Shaiful Shamsudin 05/03/2024 | 01:16 MYT
Perak FC antara kelab Liga Super terawal yang giat memikat hati peminat bagi menghadapi musim 2024/25.
Skuad Yob memulakan sesi latihan pertama di Ipoh, semalam, apabila diketuai Yusry Che Lah di samping Ketua Pegawai Eksekutif, Bobie Farid Shamsuddin.
Pemain tempatan termasuk tonggak import baru seperti Lee Tae Min dari Korea Selatan, Jesper Nyholm (Filipina), Adilet Kanybekov (Kyrgyzstan) dan Sunday Afolabi turut kelihatan.
Dalam masa sama, pemegang pas semusim juga berkesempatan untuk melihat sesi latihan terbuka Perak di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor, Sabtu ini selain berpeluang beramah mesra dengan anggota skuad berkenaan.
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita
;