Jika melihat kepada perkembangan bola sepak negara-negara Asean ketika ini, tiada apa yang mustahil berikutan persembahan yang dipamerkan oleh beberapa gergasi bola sepak Asean terutamanya Vietnam, Thailand, dan pasukan kebangsaan Malaysia.
Menerusi kemaskini laman web Footranking.com selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia tempoh hari, Malaysia yang kini pasukan ketiga terbaik Asean memanjat 7 anak tangga daripada kedudukan 137 ke 130 dunia, dengan mengutip sebanyak 1112.21 mata berikutan kemenangan ke atas Kyrgyzstan, 4-3.
Namun lain pula ceritanya dengan skuad Thailand, yang tidak berupaya menewaskan China di laman sendiri dengan kekalahan 1-2. Hal ini menjadikan skuad Gajah Perang itu berada di kedudukan 115 dunia, jatuh 3 tangga daripada kedudukan sebelum ini (112). Itu menjadikan Thailand hanya mempunyai kelebihan 55 mata ranking berbanding Malaysia, di mana jurang mata itu mungkin turut akan berubah selepas perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia minggu hadapan.
Mampukah skuad Harimau Malaya mengejar dan memintas kedudukan Thailand sebagai pasukan kedua terbaik Asean dalam tempoh beberapa bulan lagi?