Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Pelesenan kelab: MFL tolak rayuan Melaka United, Sarawak United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

melaka-united-sarawak-united-gagal-pelesenan-kelab.jpg
Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab (AB) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini menolak permohonan lesen kebangsaan bagi pasukan Melaka United FC dan Sarawak United FC.

Mesyuarat jawatankuasa itu hari ini memutuskan bahawa rayuan dua kelab berkenaan untuk mendapatkan lesen kebangsaan telah ditolak.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi AB, Mohamad Jasin Abdullah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan MFL, sekali gus menyaksikan kedua-dua kelab berkenaan tidak layak untuk beraksi dalam Liga Super 2023.

"AB telah mempertimbangkan rayuan MUFC dan SUFC berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2022 pada 12 Oktober 2022 selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2022," katanya.

Advertisement

Must Watch Video