Skip to main content

Bola Sepak

Pelesenan Kelab: Ketegasan MFL, FIB wajar dipuji -- pemerhati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl-generic.jpg
Penganalisis sukan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, memuji tindakan tegas First Instance Body (FIB) dan Loiga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak meluluskan permohonan Lesen Kebangsaan kepada dua kelab, iaitu Kedah Darul Aman dan Perak .

Kedua-dua pasukan tersebut gagal untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan apabila permohonan mereka tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan Peraturan Perlesenan MFL.

Justeru, Zulakbal menyifatkan keputusan yang telah dibuat oleh FIB itu adalah sangat tepat kerana tidak memberi peluang sewenang-wenangnya kepada pasukan yang tidak layak bersaing susulan aspek kewangan yang lemah. 

Sudah tentu, ia satu kehilangan untuk melihat dua pasukan itu di pentas Liga Super musim depan apatah lagi Kedah dan Perak merupakan pasukan yang mempunyai sejarah besar dalam arena bola sepak tempatan tetapi bagi Zulakbal, kewangan yang kukuh adalah keutamaan bagi menjaga kebajikan pemain-pemain musim hadapan.

“Saya mendapati keputusan yang telah diumumkan FIB dan MFL untuk tidak memberikan lesen kepada Perak dan Kedah adalah satu keputusan terbaik apabila mereka telah secara rasminya tidak akan beraksi di Liga Super.

“Saya percaya keputusan itu dibuat selepas pertimbangan semasak-masaknya mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan terbukti dua kelab ini gagal untuk memenuhi kriteria.

“Jadi, ini menunjukkan bahawa ketegasan pihak FIB dan MFL adalah bagus dan tepat membuat keputusan kerana kedua-dua kelab itu bukan sahaja tidak menghantar dokumen yang lengkap tetapi rekod mereka juga tidak baik apabila gagal melunaskan hutang-hutang lama.

“Apa yang saya harapkan pasukan Perak dan Kedah boleh bangkit semula dan perlahan-lahan mengorak langkah dengan perancangan lebih baik selepas ini,” katanya.

Terdahulu, MFL telah mengumumkan bahawa 11 kelab Liga Super dan 2 pasukan AFL A1 yang bertanding pada musim 2024-25 telah berjaya memperoleh Lesen Kebangsaan, sekali gus melayakkan mereka untuk bersaing dalam Liga Super bagi musim 2025-26.

Lapan kelab Liga Super yang telah diberikan Lesen Kebangsaan oleh FIB ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Penang, Kuching City, Sabah, Terengganu, Sri Pahang dan Negeri Sembilan.

Namun begitu, tiga kelab diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction', iaitu Kuala Lumpur City, Kelantan Darul Naim dan PDRM, mengikut artikel 8 (l) MFL CLR.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video