Pelan jangka panjang F:30 masih di landasan tepat walaupun dua misi awal melibatkan skuad B-23 tahun dan skuad senior negara gagal membawa hasil yang positif.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, mempertahankan kedua-dua skuad itu dengan menegaskan terdapat perubahan positif yang sedang berlaku.
Skuad B-23 tahun negara gagal untuk melangkah ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Bangkok, Thailand sementara skuad senior gagal untuk muncul juara saingan empat negara Piala Airmarine bagi mengelak daripada saingan play-off kelayakan Piala Dunia.
Dua keputusan yang kurang memberangsangkan itu telahpun mengundang kritikan hebat, namun bagi Stuart, perancangan F:30 masih lagi di landasan yang betul.
"Keputusan tidak menyebelahi Malaysia tetapi prestasi dan corak permainan yang ditonjolkan adalah sesuatu yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini," katanya.
"Kami mahu melihat ke hadapan dan membuat persiapan untuk kejohanan seterusnya."