Khalid, yang menggalas jawatan presiden KLFA sejak 2019 sebelum melepaskan peranannya Mac lalu, turut memberi jaminan bakal memastikan skuad Warga Kota dapat bernafas semula demi kelangsungan pasukan berkenaan dalam saingan domestik dan antarabangsa.
Dia turut berkongsi pelan untuk menyelamatkan The City Boys sedang berjalan apabila kemungkinan besar dua pelabur baru dalam fasa rundingan untuk bekerjasama bersama badan induk itu.
"Selepas 12 Oktober segala perkara akan kembali seperti sedia kala tetapi pada masa sama, kami sedang berbincang dengan mereka yang berniat untuk membeli 51 peratus saham sebagai pemilik bersama perlu membayar deposit sebanyak RM5.1 juta.
"Jika mereka meletakkan wang pendahuluan RM1-RM2j, kami boleh membayar gaji.
"Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Lumpur City, Stanley Bernard, sudah membuat beberapa kali pertemuan bersama satu pelabur dari Indonesia.
"Namun, selepas mengetahui situasi semasa yang melanda KLFA, pelabur tersebut membuat keputusan untuk menghentikan sementara rundingan bersama," katanya dalam sidang media.
Dua potential investors untuk KL City dari Indonesia dan lokal sudah mula membuat rundingan.
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) October 2, 2024
Mantan presiden, Khalid Samad mendedahkan usaha untuk membayar tunggakan gaji pemain sedang berjalan dan expect untuk keadaan lebih stabil pada pertengahan Oktober.@ASTROARENA pic.twitter.com/LcUprTZ84O
Dalam masa sama, Khalid juga mendedahkan terdapat satu pelabur tempatan yang mempunyai visi berlainan iaitu mengetengahkan konsep kelab peminat.
Ketika di bawah kempimpinan Khalid, KL City berada di tahap tersendiri membawa kegemilangan yang membanggakan susulan muncul juara Piala Malaysia 2021 selain bergelar naib juara Piala AFC 2022.
Menjelang Kongres KLFA kali ke-35, Khalid tampil memberikan panduan terhadap calon presiden baru dengan menyatakan seseorang itu perlulah mempunyai pengaruh politik yang kuat.
"Ramai berpendapat supaya tidak mencampur hal politik dalam sukan, tetapi hakikatnya jika anda berada di pihak yang salah, apa yang terjadi kepada saya dahulu akan berulang ke atas kamu," tambahnya.