Skip to main content

Bola Sepak

Pegawai, pemain KDA FC terima 'duit raya' bernilai RM200,000

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kedah-hari-raya.jpg
Barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menarik nafas lega setelah menerima sumbangan keseluruhan RM200,000 menerusi Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah hari ini.

Kesulitan yang menimpa barisan pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC menerima perhatian dan Tabung Sumbangan Aidilfitri dilancarkan bagi membantu pemain dan pegawai pasukan membuat persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dan menerusi acara yang berlangsung di Alor Setar, Kedah, barisan pemain kini boleh bergembira pada bulan Syawal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga nanti.
 
@drismailsalleh Majlis Serahan Sumbangan Tabung Aidilfitri untuk Pemain Bola Sepak KDA FC Hari ini berlangsung Majlis Serahan Sumbangan Tabung Aidilfitri bagi membantu pemain bola sepak KDA FC, yang disampaikan oleh YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri. Tabung ini diwujudkan sebagai tanda solidariti dan keprihatinan terhadap nasib pemain yang telah berbulan-bulan menghadapi kesukaran akibat tunggakan gaji. Terima kasih kepada semua penyumbang yang turut bersama dalam usaha ini. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri. #SolidaritiKDAFC #BolaSepakKedah #KebajikanPemain #MalaysiaMadani #drismailsalleh #PakatanHarapan #BarisanNasional @Saifuddin Nasution ♬ original sound - Zaki Coway HQ - ZakiMotoring


Sumbangan yang mencecahkan RM200,000 itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.

"Kita berjaya mengumpul RM200,000 setakat tengah hari semalam, saya bersyukur inisiatif ini dapat membantu melegakan mereka. Bayangkan lagi seminggu, persiapan raya tak menentu akibat daripada tak dapat gaji bulanan yang agak lama," katanya.

Tabung berkenaan diusahakan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu meringankan beban para pemain dan pegawai menjelang sambutan Aidilfitri ini.

NGO berkenaan ialah Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM).

KDA FC berdepan kemelut kewangan yang meruncing hingga pemain dan pegawai pasukan itu menghadapi tunggakan gaji hampir setahun dan kini berada di tangga ke-11 Liga Super.

Advertisement

Must Watch Video