Skip to main content

Bola Sepak

Pecah rekod Iceland, negara populasi terkecil dunia mara ke Piala Dunia 2026

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

curacao.jpg
Curacao menjadi negara terkecil dalam planet Bumi untuk mara ke Piala Dunia 2026.

Terdahulu, Iceland merupakan negara terpencil dengan populasi 330,000 hingga 350,000 orang ketika mara ke Piala Dunia 2018.

Dan, rekod itu dipintas oleh Curacao yang sekadar memiliki 156,115 penduduk sahaja, namun tetap menempah tiket ke pusingan akhir kejohanan paling berprestij itu.

Cerita fantasi itu bukan lagi kisah dongeng buat rakyat Curacao apabila mara buat kali pertama dalam sejarah penubuhan pertandingan terbesar dunia tersebut.




Sebagai makluman, Curacao ialah negara pulau kecil di sebuah wilayah pemerintahan sendiri di bawah Belanda.

Meskipun bermain di tempat lawan serta Jamaica merupakan pasukan pilihan, namun keajaiban membawa Curacao dengan keputusan seri penuh dramatik untuk menyingkirkan tuan rumah.
Football

Sepak Padu Dengan Puma

Ringan, power dan bergaya - kasut bola Puma untuk semua.
Grab Sekarang

Advertisement

Must Watch Video