PDRM buka siasatan insiden pergaduhan penyokong di LRT
Najmi Iman
Disember 21, 2024 15:33 MYT
Disember 21, 2024 15:33 MYT
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap pergaduhan antara penyokong bola sepak yang berlaku di transit aliran ringan (LRT) Stesen Bandar Tasik Selatan, semalam.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana Malaysia Berhad, pihak mereka kesal dengan kejadian tersebut dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk keganasan selain menjalankan siasatan bagi memastikan tindakan bakal diambil.
Kenyataan Media - Polis Bantuan Ambil Tindakan Leraikan Pergaduhan Antara Penyokong Bola Sepak Di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan pic.twitter.com/PtRtwuMe6a
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, tular satu video di media sosial menyaksikan satu pertelingkahan berlaku antara penyokong bola sepak di stesen berkenaan.
Prasarana dan PDRM sedang siasat pergaduhan dipercayai penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan tengah malam tadi selepas videonya tular di media sosial. ? elybaeraq#AstroRadioNews pic.twitter.com/YCzcVZqUhL
— Astro Radio News (@AstroRadioNews) December 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Insiden itu mengakibatkan beberapa kerosakan pada kemudahan di pengangkutan awam itu.