Skip to main content

Bola Sepak

PDRM ada pesanan buat Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pdrm_1.jpg
PDRM mengirimkan satu video lucu dalam laman sosial mereka sebagai pesanan buat Terengganu.

Ini selepas skuad Peteh itu melakar kebangkitan luar biasa untuk merampas kemenangan PDRM dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam tadi.

The Cops pada awalnya selesa mendahului 2-0 hasil jaringan berganda Bernard Doumbia, masing-masing pada minit ke-12 dan 53.

Bagaimanapun, kebangkitan Sang Penyu bermula dengan jaringan Azam Azmi Murad pada minit ke-63 sebelum disusuli gol sepakan penalti Yann Mabella dalam waktu kecederaan untuk mengikat keputusan 2-2.

Jaringan lewat permainan itu sudah pasti mengguriskan hati dan PDRM mengirimkan satu video gurauan berkenaan situasi itu.

Video:

Advertisement

Must Watch Video