BOLA SEPAK

Payet tidak berminat kembali ke Ligue 1

Harry West 03/01/2017 | 18:13 MYT

Bekas pertahanan Marseille, Frank Leboeuf, berkata perbincangan mengenai pemain West Ham, Dimitri Payet, untuk kembali beraksi dalam Ligue 1 adalah perkara yang mengarut.

Payet berhijrah untuk menyertai The Hammers dari Marseille pada 2015 dan menikmati musim pertama yang menyerlah dalam Liga Perdana Inggeris, menjaringkan 15 gol dan melakukan 17 bantuan jaringan sepanjang musim.
Prestasi itu telah memikat West Ham untuk menawarkan kontrak jangka panjang kepada Payet untuk kekal di Stadium London sehingga 2021 tetapi terdapat spekulasi mengenai kemungkinan pemain kebangsaan Perancis itu bakal kembali bersama bekas kelabnya.
Bagaimanapun, Leboeuf, yang berpindah ke Marseille pada 2001 selepas lima tahun bersama Chelsea, berkata Payet tidak berminat untuk kembali ke Ligue 1.
"Saya tidak mempercayainya. Sebelum ini, terdapat spekulasi yang melibatkan Didier Drogba (ketika bersama Chelsea), namun ia tidak berlaku.
"Ketika kamu beraksi dalam satu liga yang paling sukar, kamu tidak mahu kembali ke Ligue 1.
"Dia tidak berminat untuk ke sini kerana gaji yang ditawarkan bersaing dalam EPL sangat lumayan."

;