Skip to main content

Bola Sepak

Paulo Josue terlepas dua aksi antarabangsa gara-gara cedera lutut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo-josue.jpg
Penyerang Harimau Malaya, Paulo Josue, dilaporkan terlepas dua aksi persahabatan antarabangsa bulan ini gara-gara kecederaan lutut.

Paulo tidak dapat beraksi ketika Harimau Malaya menewaskan Singapura 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 4 September lalu dan sewaktu menewaskan Palestin 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin lalu.

Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemain berusia 36 tahun itu difahamkan mengalami kecederaan lutut sehingga diketepikan daripada kedua-dua perlawanan berkenaan.

Ketiadaan kapten Kuala Lumpur City itu pasti menjadi tamparan hebat buat skuad Warga Kota berkenaan, dalam misi menterbalikkan defisit 1-3 menentang Kelantan TRW menjelang perlawanan timbal balik pusingan pertama Piala FA di Cheras hujung minggu ini.
 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video