Teka-teki mengenai jurulatih mengenai jurulatih baharu Kuala Lumpur City masih menjadi tanda tanya selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, mengesahkan empat nama kini berada dalam senarai calon utama bagi mengisi jawatan tersebut bagi saingan musim 2025/2026.
Fandi Ahmad, Milomir Seslija, Sulaiman Hussin dan S.Balachandran merupakan empat nama yang telah disenarai pendek ketika mesyuarat khas jawatankuasa eksekutif KLFA yang bersidang semalam.
Namun, berita baik mengenai persiapan The City Boys musim depan menerima perkhabaran positif tatkala Syed Yazid mengesahkan tonggak utama Harimau Malaya, Paulo Josue, kekal bersama skuad Warga Kota itu.
Penyerang dengan status penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman itu akan terus menabur bakti bersama KL City bersama pertahanan, Giancarlo Gallifuoco, demi membentuk pasukan hebat musim baru.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Syed Yazid menjawab pertanyaan berkenaan dua bintang tersebut dengan kekal di kelab itu.
Malah, menerusi laman rasmi X Giancarlo Gallifuoco, ia menunjukkan perkembangan positif bersama Syed Yazid usai mengadakan perbincangan bersama.

Ini jawapan Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar berkenaan status Paulo Josue & Giancarlo Gallifuoco bersama KL City musim depan. ?⚪@ASTROARENA pic.twitter.com/neyoaYGfE9
— Fadhirul Shuhaimi (@FadhirulS) May 9, 2025
Penyerang dengan status penjaring terbanyak kelab sepanjang zaman itu akan terus menabur bakti bersama KL City bersama pertahanan, Giancarlo Gallifuoco, demi membentuk pasukan hebat musim baru.
Menurut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, Syed Yazid menjawab pertanyaan berkenaan dua bintang tersebut dengan kekal di kelab itu.
Malah, menerusi laman rasmi X Giancarlo Gallifuoco, ia menunjukkan perkembangan positif bersama Syed Yazid usai mengadakan perbincangan bersama.
Discussions of a bright future ???⚽️ @SyedYazid @KLCityFootball pic.twitter.com/hcOfLvzkLu
— Giancarlo Gallifuoco (@giange94) May 9, 2025