Pemenang Piala Dunia itu dikaitkan ke Al-Qadsiah dengan kontrak tiga tahun bernilai €75 juta (RM364.8j) kepadanya.
Bagaimanapun, Dybala memilih untuk menolak tawaran itu untuk kekal di Itali dan merupakan sebahagian daripada pemain yang memulakan kekalahan 1-2 kepada Empoli dalam Serie A.
????#ASRoma | #RomaEmpoli pic.twitter.com/utUS1m7hfi
— AS Roma English (@ASRomaEN) August 25, 2024
"Semua orang pasti akan melihat wang sebesar itu, tetapi saya telah memikir secara masak-masaknya sebelum memuktamadkan keputusan: keluarga saya, isteri saya, bandar raya, pasukan, dan keinginan saya untuk kembali ke pasukan kebangsaan," kata penyerang itu kepada Sky Italia.
"Saya berusia 30 tahun dan berada dalam keadaan baik. Saya telah melihat banyak kritikan mengenai kecederaan saya tetapi setiap hari saya sentiasa bekerja keras untuk menjaga diri sendiri dan melakukan sehabis baik."