Paul Pogba diberi perlindungan polis Turin
Shaiful Shamsudin
September 19, 2022 09:12 MYT
September 19, 2022 09:12 MYT
Skandal memeras ugut yang mengaitkan bintang Juventus, Paul Pogba, menyaksikan pemain tengah itu kini berada di bawah perlindungan polis di Turin, menurut laporan di negara asalnya, Perancis.
Pogba menjadi sasaran kumpulan penjenayah terancang yang turut melibatkan abangnya yang dipercayai menuntut £11.3 juta (RM58.6j).
Menurut laporan Le Parisien, Mathias Pogba kini telah ditahan dan akan didakwa tidak lama lagi termasuk empat individu lain.
Awal bulan ini, pejabat pendakwa raya Paris membuka siasatan kehakiman terhadap dakwaan Paul Pogba bahawa dia menjadi sasaran cubaan pemerasan dan ugutan daripada kumpulan penjenayah.
Thank you guys for all the messages and support! I'll be back soon - and stronger than ever! ?? pic.twitter.com/nGgqqz8s6C
— Paul Pogba (@paulpogba) September 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Mereka dipercayai terdiri daripada rakan-rakannya pada zaman remaja -- bersenjatakan senapang M16 -- yang meminta pampasan wang perlindungan selama 13 tahun.
Pogba -- yang dalam pemulihan lutut -- dipercayai mula diganggu sejak Mac lalu ketika masih bergelar pemain Manchester United sebelum kembali ke pangkuan Juventus awal musim ini.
Dia dipercayai sempat membayar £85,000 (RM440,934) kepada kumpulan penjenayah terbabit pada musim panas lalu.