Paul Heckingbottom bakal hilang jawatan di Sheffield United
Zaki Zainal
Disember 5, 2023 09:55 MYT
Disember 5, 2023 09:55 MYT
Paul Heckingbottom dijangka akan dipecat sebagai pengurus Sheffield United dalam tempoh 24 jam akan datang.
The Blades, yang tewas 5-0 di Burnley pada Sabtulalu, berada di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lima mata selepas tewas 11 daripada 14 perlawanan pembukaan mereka.
Dilantik sebagai pengurus tetap pada November 2021, Heckingbottom membimbing Sheffield ke liga teratas dengan menduduki tempat kedua Liga Kejuaraan musim lalu.
Bekas pengurus, Chris Wilder, antara yang dicanang-canag pesaing utama untuk mengambil alih.
Selepas kekalahan kepada Burnley, Heckingbottom mengkritik kelab itu kerana membuat keputusan kewangan berbanding bola sepak dengan menjual pemain utama pada musim panas lalu.
Pengurus berusia 46 tahun itu berkata Sheffield telah dikecewakan oleh beberapa pemain di Burnley yang tidak pernah merakamkan lima gol dalam sesebuah perlawanan EPL dan mengeluarkan mereka dari zon bahaya.
Sheffield pula empat mata di atas zon penyingkiran apabila mencatat satu kemenangan dan mempunyai perbezaan gol -28 musim ini.
Mereka bakal menerima kunjungan kelab di tangga kedua, Liverpool, di Bramall Lane awal pagi esok.
Sidang media yang melibatkan Heckingbottom turut dibatalkan semalam.