Pau Marti terbuka terima gandingan kemudi Harimau Malaya

Saufi Tahir
Ogos 30, 2024 18:44 MYT
Pengendali sementara Harimau Malaya, Pau Marti, meletakkan pendirian terbuka untuk menerima siapa sahaja yang bakal menjadi gandingannya untuk mengemudi skuad kebangsaan.
Apa yang penting adalah keputusan yang terhasil menerusi percaturan pengendali baru itu nanti yang semestinya menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia untuk mengangkat pasukan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Selain Pau Marti, turut terharu atas kepercayaan yang diberikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dia mengendalikan kempen skuad negara dalam saingan Pestabola Merdeka 2024.
"Semestinya presiden sentiasa mahukan yang terbaik dan saya gembira dia menyokong saya dan percaya pada seluruh staf kejurulatihan.
"Kami juga sedang melihat beberapa pemain untuk beraksi bersama skuad kebangsaan, dan ketika ini banyak perkara sedang berjalan terutama dalam mencari informasi mengenai pemain." katanya.
#bola sepak #Harimau Malaya #pau marti
;