BOLA SEPAK MSIA
Pau Marti 'rindu' Harimau Malaya
Bekas pengendali skuad bola sepak kebangsaan, Pau Marti Vicente 'merindui' kenangan bersama skuad Harimau Malaya sejak menyertai pasukan kebangsaan 3 tahun lalu.
Dalam ciapan beliau di laman X, Pau Marti mengimbau kembali saat-saat indah menjadi sebahagian daripada barisan kejurulatihan skuad bola sepak kebangsaan yang bermula sebagai pembantu jurulatih pada ketika itu, Kim Pan-gon.
Pau Marti kemudiannya dilantik sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan usai peletakan jawatan Kim Pan-gon pada Julai 2024 dan menggalas tanggungjawab membawa pasukan kebangsaan menamatkan penantian 11 tahun untuk menjuarai kejohanan Pestabola Merdeka 2024.
Iklan
Namun, tugasan beliau selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Malaya berakhir selepas kejohanan AFF Mitsubishi Electric Cup 2024 pada Disember lalu, dengan menyaksikan jurulatih kelahiran Australia, Peter Cklamovski dilantik menggantikan tempatnya.
2022 - 3 years ago, we had our first press conference as Malaysia National team coaching team.It was almost 3 years leading this team and fighting for the country around the world.Many incredible memories that will remain forever🐯💪🏼Good luck in the future Malaysia🇲🇾 pic.twitter.com/g0EUkHrS0a— Pau Martí (@pauvicentem) February 17, 2025
"3 tahun lalu, kami berada dalam sidang media pertama sebagai barisan kejurulatihan pasukan bola sepak Malaysia"
"Hampir 3 tahun membawa pasukan ini berjuang di seluruh dunia"
"Banyak kenangan manis yang akan terpahat selamanya"
"Selamat maju jaya Malaysia"
Dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia diundi dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal, dan Laos. Hanya juara setiap kumpulan yang akan layak secara merit ke Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung di Arab Saudi.
Malaysia di bawah kendalian Peter Cklamovski akan memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal pada 25 Mac ini.
Must-Watch Video