Pengumuman tersebut berkenaan penamatan kontrak ketua jurulatih mereka, Tan Cheng Hoe melalui persetujuan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta merta. Berita tergempar itu dikongsikan melalui hantaran di laman sosial rasmi Selangor FC pada Rabu, 28 Feb.
???? ?????????
— Selangor FC (@selangorfc) February 28, 2024
Mutual Termination of Head Coach Contract#MKLK pic.twitter.com/Le98LxhSzo
Tan Cheng Hoe dikhabarkan akan berkelana ke Thailand dan berkemungkinan untuk melatih sebuah kelab di Liga Thai 1, namun belum dapat dipastikan kesahihannya hingga setakat hari ini.
Walaupun begitu, sumber dari wartawan Astro Arena difahamkan sebuah kelab 'bottom three' Liga Thai 1, Police Tero FC turut menjadi antara pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Tan Cheng Hoe.
? Official and comfirmed, Tan Cheng Hoe letak jawatan sebagai jurulatih Selangor dan difahamkan Police Tero FC antara kelab Thai League 1 yang berminat menandatangani bekas jurulatih Harimau Malaya itu. ?✈️??✍️@ASTROARENA https://t.co/ImJqYpP2bi
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) February 28, 2024
Antara kejayaan yang dikecapi oleh Tan Cheng Hoe bersama pasukan Selangor FC sejak September 2022 ialah menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan tempat kedua Liga Super Malaysia 2023, sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) bagi musim 2024/2025.