BOLA SEPAK MSIA

Pasukan telan belanja RM28 juta, MFL tutup liga B23

Stadium Astro
Najmi Iman
24/03/2025
04:35 MYT
Sponsor Banner
Pasukan telan belanja RM28 juta, MFL tutup liga B23
Selangor II atau Johor Darul Ta'zim II (JDTII) bakal menjadi juara terakhir saingan Piala MFL edisi kali ini apabila tiada lagi kejohanan tersebut bermula musim depan.
Menurut kemas kini terbaru Liga Bolasepak Malaysia (MFL), satu keputusan telah dibuat untuk memansuhkan saingan bawah 23 tahun (B23) yang menyaksikan edisi kali ini adalah penganjuran yang terakhir.
Perbincangan bersama rakan kongsi yang terdiri daripada 13 pasukan Liga Super sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.
Badan induk itu menjelaskan bahawa sebab utama keputusan dibuat ialah pihak kelab harus menanggung perbelanjaan tinggi termasuk pembayaran gaji dan segala operasi yang mencecah sehingga RM28 juta setiap pasukan.
Dengan mengambil kira pandangan semua rakan kongsi, MFL percaya keputusan untuk memansuhkan saingan Piala MFL itu perlu diambil dalam usaha untuk mengukuhkan dan menstabilkan semula kedudukan kewangan kelab.
Meskipun Piala MFL sudah tidak dipertandingkan lagi bermula musim depan, pembangunan pemain muda masih menjadi keutamaan dengan skuad Piala Presiden (bawah 20 tahun) dan Piala Belia (bawah 18 tahun) kekal bersaing dalam kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video