Skip to main content

Bola Sepak

Pasukan Liga-M mula jalankan ujian swab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fa-penang.jpg
Skuad bola sepak Pulau Pinang dan Negeri Sembilan muncul antara yang terawal melakukan ujian swab.

Kesemua pemain dan pegawai skuad Jang itu disahkan bebas daripada Covid-19.

Seramai 26 pemain termasuk tonggak import Negeri Sembilan selain 12 pegawai pasukan itu hadir ke pejabat persatuan berkenaan di Rahang, Seremban dengan diketuai jurulatih pasukan, Sazali Saidon, kelmarin.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Satwan Singh, kesemua 38 ujian itu hanya mengambil masa satu setengah jam dan keputusannya telah diperoleh hari ini.

Hasil ujian mendapati kesemua pemain dan pegawai pasukan itu negatif Covid-19 dan dijangka akan memulakan latihan esok.

Di Pulau Pinang pula menyaksikan skuad bimbingan Manzoor Azwira itu melakukan ujian swab lebih awal iaitu pada Khamis lalu di Pejabat Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) dan keputusan yang diperoleh itu akan dihantar kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum boleh memulakan latihan esok.

Selain perlu menjalani ujian swab, pemain dan pegawai setiap pasukan perlu menghadapi pelbagai cabaran menjelang sesi latihan dalam norma baru itu, antaranya tempoh latihan yang disingkatkan kepada 45 minit.

UiTM FC juga sudah menjalankan ujian swab Covid-19, dengan kumpulan pertama mereka disahkan negatif.

Bagaimanapun, antara perkara yang mereka perlu dihadapi adalah tempoh latihan yang singkat dengan hanya 10 individu dibenarkan terlibat dalam satu sesi selama 45 minit.

Ia sebahagian daripada garis panduan yang perlu dituruti setiap pasukan dan sekiranya gagal melakukannya, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhak menarik semula kelonggaran yang telah diberikan untuk menjalani latihan.

"Kami agak bernasib baik kerana memiliki padang latihan yang banyak," kata pengurus UiTM FC, Mustaza Ahmad.

"Cuba bayangkan buat pasukan yang hanya ada satu padang latihan, setiap sesi hanya dibenarkan 10 orang untuk berlatih.

"Mungkin ia akan bertambah rumit untuk mereka merancang program latihan.

"Tetapi UiTM sudah pasti akan memanfaatkan tempoh 45 minit itu untuk berlatih," katanya.

*Kredit foto: FA Penang

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video