Skip to main content

Bola Sepak

Pasukan dari Borneo sokong liga dibatalkan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shitembi.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais, menganggap nyawa pemain, khususnya buat pasukan dari Borneo, akan terancam seandainya Liga Malaysia (Liga-M) musim ini diteruskan sekalipun tanpa kehadiran penyokong.

Saingan Liga-M musim ini mencetus polemik apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum mengeluarkan sebarang ketetapan yang jelas berhubung perjalanan liga yang terhenti berikutan pandemik Covid-19.

Bagi Posa, keselamatan dan kesihatan pemain pasukannya akan sentiasa diletakkan sebagai keutamaan.

"Bagi saya, selagi keadaan ini masih belum pulih, selagi itulah risikonya masih tinggi.

"Bagi pemain dari Sarawak dan Sabah, apabila perlawanan di gelanggang lawan, kami perlu menaiki pesawat dan menaiki bas untuk ke lapangan terbang.

"Jadi, pada ketika itulah risikonya amat tinggi.

"Cadangan kami buat pihak FAM adalah supaya liga dibatalkan sahaja," katanya.

Nada sama dikongsikan pengurus pasukan Sabah, Henry Simpon, dengan berkata: "Ia memang akan mendatangkan masalah buat kami. Salah satunya, stadium akan suram  tanpa kehadiran penyokong.

"Ia juga akan menjejaskan semua pasukan kerana tiada hasil yang akan diperoleh daripada penjualan tiket.

"Jalan penyelesaian terbaik adalah dengan membatalkan liga musim ini," katanya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video