Skip to main content

Bola Sepak

Pastore: Tiada sebab untuk tinggalkan PSG

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

javier-pastore-170617.jpg
Pemain Paris Saint-Germain (PSG), Javier Pastore, menafikan kemungkinan akan meninggalkan kelab Ligue 1 itu sambil mengesahkan akan kekal di Paris pada musim depan.

Akhbar L'Equipe sebelum ini melaporkan pemain berusia 27 tahun itu mahu meninggalkan PSG sehingga mencetuskan minat dua kelab yang baru di ambil alih pelabur China, Inter Milan dan AC Milan.

Walaupun hanya beraksi sebanyak 15 perlawanan dalam liga pada musim lalu kerana masalah kecederaan, Pastore bertekad ingin kekal bersama pasukannya.

“Salah jika saya mahu meninggalkan skuad ini.

“Benar saya tidak meraih musim yang hebat tetapi itu disebabkan oleh masalah kecederaan,” ujar Pastore.

“Saya akan kekal di PSG pada musim depan,” tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video