Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Javier Pastore, menafikan dakwaan rakan sepasukan, Thiago Silva, bahawa dia telah meminta untuk meninggalkan pendahulu Ligue 1 itu.
Pastore serta seorang lagi pemain, Edinson Cavani, dilihat tidak beraksi dalam dua aksi terakhir buat PSG selepas didapati pulang lewat untuk menyertai kem latihan susulan cuti pertengahan musim.
Setelah tamat aksi Piala Perancis dengan menundukkan Rennes 6-1 pada Rabu lalu, Silva menyifatkan Pastore cuba untuk mempercepatkan proses perpindahannya pada bulan ini tetapi telah membuatkan kelab gagal mencari pasukan yang berminat.
Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu menafikan dakwaan pertahanan Brazil itu dan menegaskan mahu kekal di Paris sepanjang kariernya.
"Saya tidak pernah bercakap dengan Silva mengenai masalah saya di masa akan datang," tulis Pastore melalui Instagram.
"Meletakkan tekanan kepada pemain lain bukan cara saya. Dia (Silva) tidak mengetahui masalah yang dihadapi sehingga membuatkan saya lewat.
"Saya sentiasa setia bersama pasukan. Tidak benar jika mengatakan saya mahu keluar kerana saya gembira untuk menamatkan karier di sini," tambahnya.