Skip to main content

Bola Sepak

Pasport terbaik dalam dunia -- Pemain naturalisasi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

don1.jpg
Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, berbangga mempunyai pasport Malaysia yang memiliki kelebihan tersendiri setara dengan negara-negara besar di dunia.

Bekas pemain Terengganu itu mendapat kerakyatan Malaysia pada 2020 selepas tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohamadou Sumareh, dengan kini telah mengumpul enam penampilan bersama skuad kebangsaan setakat ini. 

Bintang berusia 33 tahun itu sudah menetap di Malaysia sejak 2015 tatkala mewakili Kedah sebagai kelab pertama di negara ini.

Selepas aksi terakhirnya bersama Terengganu pada akhir 2023, Liridon tidak bersama mana-mana pasukan dalam kancah domestik.

Dia yang lebih dikenali dengan jolokan 'MatDon' itu sedang membina kareer apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League dengan sering melakukan gerakan lincah dan rembatan deras. 



Sebagai makluman, pasport Malaysia kini setanding dengan pasport Amerika Syarikat (AS) selepas kedua-duanya berkongsi kedudukan ke-12 dalam Indeks Pasport Henley 2025 (edisi Oktober).

Menurut laporan terkini yang dikeluarkan oleh firma penasihat kewarganegaraan dan kediaman global berpangkalan di London, Henley & Partners, kedua-dua pasport Malaysia dan AS kini membolehkan pemegangnya melancong ke 180 destinasi tanpa perlu mendapatkan visa terlebih dahulu daripada keseluruhan 227 destinasi di dunia.
Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut Puma KING ULTIMATE FG/AG yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video