EPL

Pascal Gross perkuat bahagian tengah Borussia Dortmund

02/08/2024 | 01:42 MYT
Borussia Dortmund mengikat Pascal Gross daripada Brighton dengan kontrak dua tahun.
Pemain tengah itu kembali ke kancah Bundesliga dengan bayaran £8 juta (RM46.3j) selepas tujuh tahun dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Gross membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain berwibawa Brighton dengan menyumbangkan 32 jaringan dan 52 bantuan gol dalam 261 perlawanan.
Kontrak pemain Jerman itu berbaki setahun tetapi peluang untuk menyertai Dortmund sukar untuk ditolak.
"Saya sangat menantikan tawaran BVB," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Bagi saya, ini adalah satu langkah yang besar memandangkan saya merupakan menjadi peminat Dortmund sejak kecil.
“Saya akan cuba membalas kepercayaan kelab dengan gaya tersendiri dan saya tidak sabar untuk bermain di hadapan peminat BVB di Signal Iduna Park di samping rakan sepasukan baru, selain bekerjasama dengan semua orang bagi memastikan kami mencapai prestasi yang terbaik. Sasaran besar."
#Bundesliga
;