Skip to main content

Bola Sepak

Partey terlepas dua perlawanan penting Arsenal kerana cedera buku lali

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-partey.jpg
Pemain tengah Arsenal, Thomas Partey, akan terlepas aksi awal Liga Perdana Inggeris musim ini, termasuk pertemuan dengan Chelsea dan Manchester City gara-gara kecederaan.

Pemain kebangsaan Ghana itu mengalami kecederaan ligamen buku lali dalam perlawanan persahabatan menentang Chelsea minggu lalu dan dijangka perlu berehat selama tiga minggu.

Dengan itu, dia akan terlepas perlawanan pembukaan dengan Brentford awal pagi esok selain pertemuan dengan Chelsea di Stadium Amirates pada 22 Ogos ini dan kunjungan ke laman juara bertahan, City, enam hari kemudian.

Dia juga akan terlepas perlawanan pusingan kedua Piala EFL menentang West Brom pada 24 Ogos ini.

Selain itu, penyerang, Eddie Nketiah, yang turut mengalami bengkak buku lali dalam perlawanan persahabatan yang sama, dijangka perlu berehat selama sebulan.

Keadaan Gabriel juga masih belum diketahui selepas pertahanan itu mengalami kecederaan lutut ketika mewakili Brazil dalam Sukan Olimpik Tokyo.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video