Marta akan tampil dalam Sukan Olimpik edisi keenamnya selepas dia dinamakan dalam skuad Brazil untuk temasya di Paris oleh ketua jurulatih, Arthur Elias, yang menyifatkannya sebagai atlet terhebat sepanjang zaman.
Penjaring terbanyak skuad Selecao dengan 118 gol itu akan muncul dalam kejohanan terakhirnya bersama negaranya pada usia 38 tahun setelah pada April lalu mengumumkan akan bersara daripada tugasan antarabangsa pada hujung tahun ini.
Marta telah pun mencipta sejarah Sukan Olimpik di mana di Tokyo, dia menjadi pemain pertama yang mencetak nama selaku penjaring dalam lima temasya berturut-turut, manakala dia adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi pingat perak pada 2004 dan 2008.
Dan Elias mengalu-alukan kemasukan Pemain Terbaik Dunia FIFA enam kali itu yang telah menyumbangkan empat gol untuk Orlando Pride dalam kancah Liga Bola Sepak Wanita Kebangsaan (NWSL) musim ini.
"Dia menawarkan banyak perkara, dia adalah atlet terhebat sepanjang zaman," katanya.
“Dia beraksi dengan baik, dia berhak untuk berada dalam senarai ini.
“Prestasi Marta, gerakannya dengan mahupun tanpa bola membuatkan semua atlet melihatnya sebagai contoh.
"Saya mempunyai cabaran untuk mengetengahkan strategi bagi memaksimumkan permainannya. Tetapi dia sedar bahawa kami hanya boleh menang dengan bantuan semua anggota skuad."
Brazil akan memulakan kempen menentang Nigeria pada 25 Julai depan sebelum berdepan Jepun dan juara Piala Dunia 2023, Sepanyol, dalam Kumpulan C.

Marta's Brazilian Flair ✨??? pic.twitter.com/HPSs6PkyAZ
— National Women’s Soccer League (@NWSL) July 2, 2024