Skip to main content

Bola Sepak

Paris 2024: Sepanyol buat Marta tinggalkan padang dengan air mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

marta.jpg
Marta meninggalkan padang dengan tangisan selepas dibuang padang atas terjahan tinggi yang berbahaya ketika Brazil kecundang 0-2 kepada Sepanyol dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, Sukan Olimpik Paris 2024.

Pemain legenda Brazil itu hampir menyepak kepala Olga Carmona ketika merebut bola dalam masa kecederaan separuh masa pertama, sekali gus menerima kad merah dalam perlawanan terakhir yang mungkin menjadi aksi terakhirnya di pentas itu. 

Brazil memerlukan kemenangan untuk memastikan tempat ke pusingan kalah mati, namun kini perlu menghitung nasib sama ada menjadi salah satu daripada dua pasukan tempat ketiga terbaik.





Sentuhan penyudah Athenea del Castillo pada minit ke-68 perlawanan dan Alexia Putellas dan pada minit ke-107 memastikan wakil Eropah itu mengekalkan rentak sempurna untuk mengungguli peringkat kumpulan.



 


La Roja mempamerkan satu persembahan yang dominan apabila melancarkan 27 percubaan berbanding Brazil 10.

Justeru, Sepanyol akan menentang pasukan tempat ketiga terbaik daripada Kumpulan A atau B di peringkat suku akhir, awal pagi Ahad ini. 

Advertisement

Must Watch Video