Maghribi akhirnya meraih medal dalam acara bola sepak Sukan Olimpik Paris 2024 selepas lapan percubaan apabila menewaskan Mesir 6-0 di Stade de la Beaujoire, awal pagi tadi.
Coming in at third place is Morocco! ??
— The Olympic Games (@Olympics) August 8, 2024
They take the #bronze medal in men's football⚽
T️his is their first-ever medal in Olympic football!! @cnomarocain | @fifacom | #Football | #Paris2024 | #Samsung | #TogetherforTomorrow pic.twitter.com/6Ws0jKnS7r
Abde Ezzalzouli dan Soufiane Rahimi mempamerkan aksi mengagumkan buat Atlas Lions dengan gol babak pertama daripada mereka memacu anak buah Tarik Sektioui itu untuk menaiki ke podium.
Sentuhan pemusnah Bilal El Khannouss, Rahimi, Akram Nakach dan sepakan percuma yang menakjubkan daripada ketua pasukan, Achraf Hakimi, kemudian menambahkan lagi pesta gol Maghribi selepas rehat.