BOLA SEPAK

Paris 2024: Kekalahan Argentina diselubungi kontroversi -- Mascherano

25/07/2024 | 01:12 MYT
Javier Mascherano menakrifkan kekalahan kontroversi 1-2 Argentina kepada Maghribi sebagai satu skandal dalam perlawanan pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024, awal pagi tadi.
Argentina hampir menyelamatkan satu mata selepas ketinggalan dua gol selepas dikejutkan dengan tandukan Cristian Medina pada minit ke-16 masa kecederaan separuh masa kedua.
Bagaimanapun, kekecohan penyokong yang tercetus di Stade Geoffroy-Guichard menangguhkan perlawanan itu yang hingga mendorong pengadil, Glenn Nyberg, membawa kedua-dua set pemain keluar dari padang.
Permainan itu kemudiannya tertangguh selama hampir dua jam dan sebaik sahaja ia disambung semula, kontroversi dan kekeliruan berterusan.
Selepas semakan video bantuan pengadil (VAR), Bruno Amione, membatalkan gol Argentina dan ofsaid itu mengembalikan kelebihan Maghribi.
"Perlawanan telah digantung atas sebab keselamatan," katanya.
“Tiada masa untuk kami bercakap tentang semakan. Laman rasmi Olimpik mengumumkan perlawanan di kedudukan 2-2.
“Perlawanan digantung atas sebab keselamatan. Kami tidak bercakap mengenai VAR. Kemudian selepas kami tidak diberitahu apa-apa yang baru, kami mula mendengar sesuatu.
“Pengadil tidak pernah ke mari dan tidak pernah menjelaskan kepada kami.”
#Sukan Olimpik #Paris 2024
;