BOLA SEPAK

Paris 2024: Julian Alvarez, Achraf Hakimi bakal gegar Sukan Olimpik, mahu gondol pingat emas

Stadium Astro
Najmi Iman
21/07/2024
03:07 MYT
Sponsor Banner
Paris 2024: Julian Alvarez, Achraf Hakimi bakal gegar Sukan Olimpik, mahu gondol pingat emas
Perlawanan bola sepak Sukan Olimpik Paris 2024 menawarkan beberapa nama besar dalam sukan itu untuk mencipta sejarah serta membantu negara mereka memenangi pingat emas.
Walaupun peraturan pertandingan bola sepak di temasya berprestij itu tidak hanya terhad kepada pemain di bawah 23 tahun namun, sudah menjadi kelaziman bahawa setiap pasukan dibenarkan membawa maksimum tiga pemain senior untuk menjadi pelengkap kepada skuad masing-masing.
Berikut ialah nama yang tidak asing dalam kancah kejohanan dunia yang perlu diberi perhatian ketika kempen di Perancis itu.
1) Alexandre Lacazette
Tuan rumah menyenaraikan bekas pemain Arsenal itu tatkala ini merupakan kali pertama dia mewakili Perancis selepas tujuh tahun tidak bermain di peringkat kebangsaan.
2) Achraf Hakimi
Pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) itu berazam membawa Maghribi ke perlawanan penentuan pingat emas selain berjaya mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 yang merupakan negara Afrika pertama melangkah ke tahap tertinggi tersebut.
3) Julian Alvarez dan Nicolas Otamendi
Argentina mendapat kekuatan tambahan daripada dua pemain berpengalaman selepas menjuarai kempen Copa America 2024, baru-baru ini.
Perlawanan penentuan pingat emas akan berlangsung pada 9 Ogos dan 10 Ogos ini di Parc des Princes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video