BOLA SEPAK

Paris 2024: Daripada gimnastik ke menembak, Adriana Ruano sumbang emas pertama Guatemala

Saufi Tahir 31/07/2024 | 16:32 MYT
Jaguh penembak Guatemala, Adriana Ruano, mencipta sejarah selepas menyumbangkan pingat emas pertama buat Guatemala walaupun sebelum ini dia merupakan atlet gimnastik.
Kecederaan tulang belakang menyebabkan dia terpaksa menamatkan karier dalam acara sukan gimnastik ketika sedang berlatih untuk bersaing dalam Kelayakan Sukan Olimpik London 2012 ketika masih berusia 16 tahun.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitupun, dia kembali menyertai acara menembak perseorangan dan berjaya melakar rekod baru olimpik dengan jumlah mata 45 daripada 50.
#Menembak #Paris #Sukan Olimpik Paris 2024 #2024 #Adriana Ruano
;