Brazil mara ke final bola sepak wanita Sukan Olimpik Paris 2024 berbekalkan kemenangan 4-2 ke atas Sepanyol di Velodrom Jingga, awal pagi tadi.

Dua ledakan Salma Paralluelo di penghujung permainan sekadar menjadi sagu hati buat wakil Eropah itu selepas dihukum oleh sentuhan berbisa Irena Paredes-- hanya enam minit selepas wisel ditiupkan-- Gabi Portilho, Adriana dan Kerolin.



Justeru, skuad Samba itu menafikan juara dunia itu ke perlawanan penentuan pingat emas biarpun tanpa kelibat Marta.

Penyerang itu terpaksa menjalani penggantungan dua perlawanan, namun rakan sepasukannya memastikan dia berpeluang untuk diturunkan dalam perlawanan akhir.

Amerika Syarikat pula menafikan kemaraan satu satu lagi jaguh Eropah, Jerman, dengan kemenangan tipis 1-0 untuk mengadakan aksi final berdepan Brazil di Parc des Princes, Sabtu ini.