BOLA SEPAK
Paris 2024: Argentina kembali hidupkan peluang
ARGENTINA 3 IRAQ 1
Argentina menemui rentak kemenangan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dengan kemenangan 3-1 ke atas Iraq menerusi jaringan Thiago Almada, Luciano Gondou dan Ezequiel Fernandez.
Anak buah Pasukan Javier Mascherano yang kecundang dalam aksi pertama Kumpulan B menentang Maghribi, Khamis lalu, ketinggalan 1-2 yang menyaksikan masa kecederaan separuh masa kedua berlanjutan 20 minit selain kelewatan perlawanan selama dua jam kerana masalah yang ditimbulkan penyokong.
Mereka bangkit menentang Iraq walaupun Aymen Hussein membatalkan gol pembukaan Almada, dengan Gondou dan Fernandez menjaringkan gol pada separuh masa kedua dalam kemenangan yang sepatutnya.