Tempoh pemain tengah Argentina, Leandro Paredes, bersama AS Roma berakhir selepas dia membuat keputusan untuk menyertai Zenit Saint Petersburg dengan nilai perpindahan EUR27 juta (RM132 juta).
Paredes adalah salah seorang pemain yang lahir daripada akademi Boca Juniors sebelum menyertai Chievo pada Januari 2014 dan dipinjamkan ke Roma pada musim panas tahun tersebut.
Dia akhirnya memukatamadkan perpindahannya ke skuad Giallorossi pada Jun 2015 dan berjaya melakukan penampilan sebanyak 37 kali dan menjaringkan empat gol.
Pemain berusia 23 tahun itu mengharungi musim 2015-16 secara pinjaman di Empoli, namun berjaya menarik minat pengendali skuad kebangsaan Argentina, Jorge Sampaoli, sehingga diberikan penampilan pertama ketika aksi persahabatan di Singapura, pertengahan bulan lalu.
Penghijrahan Paredes merupakan pemain kedua yang meninggalkan Roma selepas Mohamed Salah memilih Liverpool sebagai destinasi seterusnya.
Bagaimanapun, Roma juga tidak berdiam diri apabila mendapatkan dua pemain muda, Rick Karsdorp dan Lorenzo Pellegrini.