PIALA ASIA
Papar huruf 'S', Akram Afif sudah ada destinasi baru?
Bintang skuad bola sepak Qatar, Akram Afif, meledak hatrik dalam aksi final Piala Asia bertemu Jordan dan meraikan jaringannya dengan penuh bergaya di Stadium Lusail di Doha semalam.
Dia menjaringkan ketiga-tiga sepakan penalti buat tuan rumah, dan selepas berjaya membuka jaringan, dia mengeluarkan sekeping kad daun terup yang disimpan di bahagian pad tulang kering, di mana tertulis abjad ‘S'.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Apa maksud di sebalik huruf S itu?
Walaupun makna sambutan itu tidak diketahui pada mulanya, ia kemudiannya mendedahkan bahawa ia didedikasikan untuk isterinya, yang namanya bermula dengan huruf 'S'.
Qatar pada mulanya mendahului pada separuh masa pertama, namun Yazan Al-Naimat menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat pada separuh masa kedua.
Dua lagi jaringan Afif menerusi sepakan penalti memastikan kemenangan 3-1 ke atas Jordan sekali gus mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2019.