BOLA SEPAK
Pan-gon umum angkatan 23 Harimau Malaya ke Piala AFF
Penjaga gol, Azri Ab Ghani, R Kogileswaran, Ramadhan Saifullah Usman, Aliff Izwan Yuslan dan Dion Cools (urusan peribadi) antara lima pemain yang digugurkan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon bagi membawa cabaran Malaysia di kejuaraan Piala AFF pada Jumaat.
Sebelum ini lima pemain tersebut menyertai pemain lain dalam senarai 28 pemain dipanggil ke kem latihan pusat sejak 29 November lalu.
Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon pada Isnin ini bagi menghadapi perlawanan pertama Kumpulan B bertemu Myanmar di Stadium Thuwunna pada 21 Disember.
Seterusnya, skuad Harimau Malaya akan bertemu Laos dalam perlawanan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 24 Disember 2022 sebelum ke Hanoi menentang Vietnam di Stadium My Dinh pada 27 Disember.
Harimau Malaya akan kembali beraksi pada perlawanan terakhir kumpulan bertemu Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 3 Januari tahun depan.
Untuk rekod, dua pasukan teratas kumpulan layak ke separuh akhir dan dijadualkan berlangsung secara timbal balik pada 6 atau 7 Januari dan 9 atau 10 Januari manakala aksi final timbal balik dijadual pada 13 dan 16 Januari.
Senarai penuh skuad Harimau Malaya ke Piala AFF 2022
Sharul Nazeem Zulpakar
Quentin Cheng Jiun-Ho
Muhammad Fazly Mazlan
Brendan Gan
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi
Alif Haiqal Lokman Hakim Lau
Mohd Nor Hakim Hassan (Selangor FC)
Dominic Tan
Stuart Wilkin
Darren Lok (Sabah FC)
Muhammad Rahadiazli
Muhammad Azam Azmi Murad
Mohamad Faisal Abdul Halim (Terengganu FC)
David Rowley
Lee Tuck
Sergio Aguero (Sri Pahang)
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
Ahmad Khuzaimi Piee (Negeri Sembilan FC)
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC)
V Ruventhiran (Petaling Jaya FC)
Nur Shamie Iszuan Amin (Sarawak United FC)
Muhammad Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
Muhammad Safawi Rasid (Ratchaburi FC)