Skip to main content

Bola Sepak

Palmeiras sah ikat Felipe Melo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

felipe-melo-seals-palmeiras-switch.jpg
Pemain tengah Inter Milan, Felipe Melo, telah melengkapkan perpindahan ke Palmeiras selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun.

Perpindahan Melo sudah pun dijangkakan tatkala dia hanya membuat lima penampilan dalam Serie A musim ini.

Berita mengenai 'penangkapan' bekas pemain Juventus dan Galatasaray itu turut mencetuskan keghairahan penyokong yang tidak sabar mahu melihat pemain berpengalaman itu beraksi.

"Saya sangat berbangga dengan penerimaan oleh penyokong Palmeiras," Melo, juara Brasileirao bersama Cruzeiro pada tahun 2003, memberitahu laman rasmi Palmeiras.

"Saya menunaikan impian untuk kembali ke Brazil pada umur di mana saya mampu berlari dan lakukan apa yang saya gemari tanpa risau akan mengalami kecederaan.

"Saya sangat berbesar hati dan terima kasih kepada Tuhan atas peluang ini untuk beraksi bersama pasukan hebat seperti Palmeiras."

Melo menyertai Real Mallorca dari Gremio pada tahun 2004, kemudian berhijrah ke Real Sociedad, Almeria dan Fiorentina sebelum mencipta nama besar bersama Juventus pada tahun 2009.

Bagaimanapun, kejayaan terbesar dilakar pemain itu adalah ketika beraksi bersama Galatasaray di antara tahun 2011 dan 2015 apabila dia menjulang tiga kejuaraan liga, dua kejuaraan Piala Turki dan Piala Super Turki.

Advertisement

Must Watch Video