Skip to main content

Bola Sepak

Pallotta: Roma diambil alih syarikat Qatar berita palsu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pallotta.jpg
Presiden Roma, James Pallotta, menyangkal laporan yang mendakwa Qatar Sports Investments (QSI) mahu mengambil alih kelab Serie A berkenaan. 

QSI -- yang memiliki juara Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) -- telah dikaitkan akan mengambil alih Roma. 

Roma kini dimiliki sebuah kumpulan pelaburan Amerika Syarikat sejak 2011 dan Pallotta tampil menafikan laporan tersebut. 

"QSI dilaporkan ingin membeli Roma tetapi sebenarnya tiada ada apa-apa, ia berita palsu," kata Pallotta kepada RomaPress sebagai reaksi terhadap laporan yang diterbitkan akhbar Perancis, Le Parisien.

Roma, yang lolos ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, telah berusaha keras musim ini.

Selepas memecat Eusebio Di Francesco, Mac lalu, dan melantik bekas pengurus, Claudio Ranieri, sehingga hujung musim ini, Roma kini menduduki tangga kelima dalam Serie A.

Roma satu mata dipisahkan dengan pasukan di tangga keempat, Atalanta, dalam usaha merebut tempat terakhir UCL dengan kempen berbaki empat perlawanan.

Roma -- yang dikaitkan dengan bekas pengurus Juventus, Antonio Conte -- akan melakukan perjalanan ke Genoa, Isnin depan. 

 

Advertisement

Must Watch Video