Skip to main content

Bola Sepak

Palestino sambar khidmat bekas penyerang Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ronjie.jpg
Bekas penyerang Selangor, Ronnie Fernandez, diumumkan sebagai pemain pasukan Deportivo Palestino di Liga Chile selepas menyumbang khidmat selama satu musim bersama Selangor.

Pemain berusia 34 tahun itu mencipta 16 jaringan dan tujuh bantuan jaringan sepanjang bersama The Red Giants dalam kancah Liga Super 2024/25, selain dinobatkan sebagai Pemain Terbaik ketika membantu Selangor bergelar juara MFL Challenge Cup musim ini.

Menerusi laman Instagram miliknya, dia mengucapkan: "Terima kasih Selangor. Saya rasa selepas julang trofi MFL Challenge Cup, ia momen yang sangat seronok.



 
 
 

"Bola sepak adalah tentang pasukan, bukan perjuangan seorang. Sangat berharga dapat lihat penyokong dalam negara ini. Jadi terima kasih atas sokongan anda semua." katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk Seri Shahril Mokhtar, mengesahkan Gergasi Merah dan pemain kelahiran Chile itu telah mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak yang berbaki setahun lagi.

"Selepas berbincang beberapa minggu bersama Ronnie, Selangor bersetuju untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama.






"Dia boleh mencari pasukan lain dan Selangor juga akan mendapatkan penyerang baru." ujarnya.

Advertisement

Must Watch Video