Skip to main content

Bola Sepak

Pahang ikat penyerang dari Namibia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lazarus-kaimbi.jpg
Pahang sempat mengikat penyerang import dari Namibia, Lazarus Kaimbi, dalam jendela perpindahan kedua yang ditutup Rabu lalu dengan pengendalinya, Dollah Salleh, mengakui skuad Tok Gajah itu pincang setiap kali ketiadaan Dickson Nwakaeme. 

Dollah yakin Kaimbi mampu menyelesaikan masalah ketumpulan jentera serangannya dengan mengambil pemain itu bagi menggantikan Jose Eduardo yang gagal memberikan sumbangan meyakinkan sepanjang musim ini.

Pemain berusia 31 tahun itu pernah menyertai Kelantan tahun lalu, namun gagal meneruskan khidmatnya gara-gara kecederaan.

"Selama ini, kami agak ketandusan di bahagian serangan.

"Apabila Dickson tercedera, saya agak susah untuk merencana bahagian serangan.

"Jadi, saya berharap sangatlah.

"Jika tanpa Dickson pun, kami tidak boleh hanya mengharapkan dia seorang kerana kami ada 11 pemain.

"Saya tidak mahu menjadikan pasukan ini hanya mengharapkan kepada seseorang.

"11 pemain dan pemain simpanan perlu memberikan impak, terutama di bahagian serangan," katanya. 

Barisan pemain Tok Gajah akan kembali menjalani latihan Jumaat ini dengan memberikan pengecualian terhadap lima pemain yang memperkuatkan skuad kebangsaan dalam perlawanan 'play-off' kelayakan Piala Dunia Qatar 2020 menentang Timor Leste di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada hari yang sama.

Advertisement

Must Watch Video