Skip to main content

Bola Sepak

Pahang ialah Malaysia, Malaysia ialah Pahang -- Dickson Nwakaeme doakan Sri Pahang bangkit

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dickson.jpg
'Apabila saya kembali semula ke Malaysia selepas sekian lama, saya dengar Pahang sudah tiada' 

Itulah luahan penyerang import kental, Dickson Nwakaeme, apabila mendengar berita sedih tersebut sejurus mendarat di Kelantan untuk menyertai perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, malam ini. 

Mengulas lebih lanjut, bintang berusia 39 tahun itu seperti tidak mempercayai keputusan yang dibuat oleh Sri Pahang yang menarik diri daripada bertanding dalam Liga Super musim hadapan. 

Perkara itu juga turut diumumkan secara rasmi oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meskipun naib juara Unifi Piala Malaysia itu memperoleh Lesen Kebangsaan. 

Di samping itu, bekas pemain Kelantan itu berharap Tok Gajah akan bangkit dan kembali mewarnai saingan tertinggi negara itu, sambil mendoakan kesejahteraan pasukan lamanya itu.

 

"Ada ketika kamu perlu berehat. Semoga kembali lebih kuat.

"Saya percaya Pahang akan tampil lebih hebat," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Dickson Nwakaeme mewakili Sri Pahang dengan melakukan 23 penamilan dan merekodkan 12 gol secara keseluruhan dalam semua pertandingan, sebelum ini.

"Pahang ialah Malaysia, Malaysia ialah Pahang," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video