Sudah semestinya terdapat pelbagai kisah menarik terjadi pada malam sebelum Syawal menjelma, dan penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, yang terkenal dengan gelagat mesranya itu menghiburkan peminat tempatan sehari sebelum Hari Raya.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, peminat cilik beratur untuk mendapatkan duit raya daripada pemain Selangor itu, namun Faisal Halim menggunakan kaedah istimewa yang mencuit hati untuk menghadapi situasi tersebut.
Pemain bertubuh kecil itu berkata sekiranya mereka ingin mendapatkan duit raya, dia perlu menimbang bola kecil sebanyak 20 kali.

Jika berjaya, maka Faisal Halim akan menunaikan permintaan mereka.
"Ingat senang ke pakcik nak bagi sebelum raya?
"Esok raya dapat la," katanya penuh riang.