Bekas Presiden Ankaragucu, Faruk Koca, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, tujuh bulan susulan kesalahan menyerang pengadil, Halil Umut Meler, dalam perlawanan Super Lig menentang Caykur Rize, Disember tahun lalu.
Aksi berkesudahan seri 1-1 itu mencetuskan ketidakpuashatian berhubung keputusan pengadil yang menyebabkan Koca bertindak untuk masuk ke dalam kawasan padang dan menumbuk muka Meler sehingga dia tidak sedarkan diri.
Tidak cukup dengan tindakan itu, dia turut dikenakan hukuman selepas membuat ancaman ugutan bunuh kepada pengadil tersebut.
Persekutuan Bola Sepak Turkiye kemudian memutuskan untuk menangguhkan semua perlawanan liga dan mengharamkan Koca untuk terlibat dalam bola sepak seumur hidup.
Selesai sesi perbicaraan, mahkamah Turkiye secara rasmi menjatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun, tujuh bulan dan 22 hari yang turut melibatkan dua tuduhan lain.
Husna Zainudin
Tue Nov 12 2024