Bekas pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin, menyambut baik sasaran pasukan Putrajaya Athletic untuk berada dalam kelompok lima terbaik dan melayakkan diri ke Liga Super musim hadapan.

Pemain berusia 42 tahun itu optimis dengan kemampuan pasukan yang dibentuk melalui kombinasi pemain muda dan berpengalaman, selain ingin mengejutkan beberapa pasukan pilihan sekali gus menjadikan mereka antara pencabar yang perlu digeruni oleh pasukan lain.

"Ini merupakan tanggungjawab dan cabaran buat para pemain kerana sasaran yang ditetapkan sangat sukar namun, saya percaya setiap pemain akan memberikan komitmen yang tinggi demi bermain di peringkat tertinggi Liga Malaysia," katanya.