UCL
Ozil: Ramos dalam kalangan pertahanan terbaik dalam sejarah
Mesut Ozil percaya rekod jaringan penting yang dihasilkan oleh Sergio Ramos untuk Real Madrid menjadikan dirinya sebagai salah seorang pertahanan tengah terbaik dalam sejarah.
Ramos bakal mengetuai Real untuk berdepan Juventus dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi esok, selepas meledak jaringan penting dalam aksi final 2014 dan 2016.
Ozil, yang telah beraksi bersama pemain kebangsaan Sepanyol itu di Santiago Bernabeu pada 2010 sehingga 2013, percaya sikap yang dimiliki oleh Ramos menjadikan dia dalam kalangan pemain terbaik di dunia.
Iklan
"Jaringan yang penting membentuk dirinya," kata Ozil.
"Pada saya, dia adalah antara pertahanan yang terbaik di dunia, malah di dalam sejarah bola sepak.
"Dia hanya mahu memastikan pasukannya berjaya dan anda dapat melihat di atas padang, dia tidak pernah berputus asa sehingga penghujung perlawanan."
Ramos telah meledak 10 gol dalam semua pertandingan musim ini.
Must-Watch Video